Saturday, 31 March 2012

Pembuka bicara

Sekian lama rasanya tidak m'up date entry baru , bukan segaja cuma banyak urusan yang hendak diselesaikan ke sana ke mari menimba ilmu yang masih kurang di dada , dan kadang kala cuba menyembunyi sesuatu yang ering bermain di minda , dan kadang kala itu cuba mencari satu jawapan yang tidak pasti di mana noktah pengakhiranya, cuba mengetuk pintu di hati untuk membuka supaya tidak lagi menyeksa jiwa yang ada , hati yang kadang kala pilu dan tidak mahu bersuara , bukan kerana paksa cuma ia satu cara untuk memendam rasa

Alhmdulilah hari ni aku selesai habiskan bab satu buku yang telah aku beli sendiri , tajuk nya sangat indah dan secara kebetulan tajuk atasnya sama dengan buku yang telah dihadiahkan untukku dari seorang hamba allah yang sangat mulia dimataku , ia banyak mengajar aku mengenai pencipta yang sangat esa , memberi nasihat yang tidak pernah putus dari bibirnya , terima kasih kerana hadiah itu , kau tahu aku suka membaca bukan , La tahzan itulah tajuk nya .. ye sedang aku bersedih sekrang , dan sebab itu kau dan aku cuba hadiahkan buku itu supaya janganlah aku bersedih lagi . banyak juga coretan coretan yang telah buat aku bangkit semula dari kejatuhan , tapi bohong jikalau aku tidak pernah lari dari m'ingatinya kembali , hanya linangan air mata saja yang dapat aku lepaskan semua , aku sering menanti sesuatu yang tidak pasti , ada kala aku rasakan untuk apa aku menanti , bairlah ia pergi jauh dari sudut hati , tapi hakikatnya aku masih menyeksakan hati ..

Untuk hari ini aku hanya menghabiskan masa dengan cara hidupku sendiri , bangkit dari tidur setelah Allah memberi peluang untuk aku bernafas dan meneruskan kehidupanku , dan menyiapkan diri , sarapan dan kembali semula ke kamar di temani buku , dan di saat rasa kebosanan aku cuba menyindiri , menangis sambil memikirkan kenapa aku selalu begini , memikirkan sesuatu perkara yang kadang-kadang aku tahu ia nya tidak mungkin akan terjadi , tapi alhmdulilah masih lagi ada insan yang hadir dan cuba memujuk sepaya aku tidak sebegini , terima kasih sahabatku majid , adilah dan fairus , kau sering ada di saat aku kesempitan , dan kite seriang berkongsi kisah suka dan duka , cuma maafkan aku kerana aku sering buat kamu susah hati , begitu juga dengan sahabat ku yang jauh di mata tetapi sering dekat di hati , Eifa , mieza , wan , dan sahabat yang sangat aku rindui jai .. aku harap kau tenang dan bahagia dengan kehidupan kau disana .

Dan kini aku masih lagi memikirkan soal  insan yang setia hadir dalam hidupku , Tuhan berilah aku p'tunjuk supaya aku tidak lagi begini .. biarpun aku dapat merasakan aku terlalu muda , Jauh kah dia atau yang dekatkan dia di sisiku . takdir yang telah kau tentukan aku hanya mampu menerimanya ..



Belajarlah ilmu untuk ketenteraman hati 
Kemantapan iman dan kelembutan jiwa
Nescaya hidup akan damai bahagia 



La tahzan Umaihanni
Semoga indah 

No comments:

Post a Comment